Ustaz Asri Ibrahim - Pergimu Tak Kembali Lagi

August 21st, 2009

Terkejut besar sifoo apabila dimaklumkan pada pagi-pagi hari bahawa Biduan Nasyid yang sekian lama dikenali telahpun meninggal dunia. Agak terkilan kerana baru merancang untuk menjemput Rabbani datang beraya di rumah pada Aidilfitri kali ini. Sesungguhnya Allah maha besar, menjemput hamba yang dikasihinya untuk ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Arwah merupakan idola sifoo semenjak dibangku sekolah tadika lagi, alhamdulillah diusia yang kecil, sifoo sudah berkesempatan berjumpa dengan ikon Nadamurni beberapa kali. Malah Nadamurni selalu singgah dirumah untuk berehat. ALhamdulillah perkenalan kami menjadi seperti sahabat apabila pada sekitar tahun 1995, Kumpulan nasyid sifoo, Baiduri diberi peluang untuk bernaung dibawah Permata Audio Production yakni sebuah syarikat yang diurus tadbir oleh kumpulan Nadamurni yang kini bergelar Rabbani. Justeru hampir setiap ketika berjumpa, melawak dengan abg2 Rabbani atas kerana mereka inilah yang mengajar dan merakamkan album kami. Proses rakaman pun di bulan puasa, ingat lagi, kalau time tu tak da duit ja sure akan gi bodek arwah.
Sepanjang perkenalan saya dengan Arwah, subhanallah banyak yang perlu dikongsi namun kisah orang baik2 ini terlalu banyak hingga tak tau nak mula dan berakhir di mana. Terakhir, arwah meluangkan masa datang ke wedding sifoo walaupun Rabbani baru sahaja selesai menghadiri satu program di tanjong malim. Sifoo sekeluarga sanggat merasa kehilangannya, terkilan tak dapat hadir majlis pengebumian kerana demam panas 5 hari. Kami doakan agar rohnya kekal di syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang beriman dan soleh.

Filled Under: MyDiary

Sepagi di Sri Pentas

August 10th, 2009

Filled Under: MyDiary

Harry Potter Junior

August 5th, 2009

Awal pagi, sifoo n team Avid Mind (Karl & Man) bergegas ke Tasek Gelugor untuk satu sesi bersama Harry Potter Junior…Tapi Harry Potter yang ni tak da magic stick so kenalah ganti dengan scroll case yang harganya RM6.90…hehehe..Paling lawak, diorang semua ni tercengang tgk Pakcik-pakcik dr Avid Mind yang masih dok mengaku abg….(tgk muka abg ni….senyum….) memang susah tui nak suruh budak2 ni senyum depan kamera. Apapun memang betuilah, susah jugak nak jaga anak-anak kecil ni…. Salute lah pada cikgu2 dia…

Filled Under: MyDiary

Quality Control Check

August 5th, 2009

Sepetang yang sungguh memenatkan apabila sifoo ke hulu dan ke hilir menyelesaikan beberapa perkara. Dalam banyak aktiviti yang dijalankan, peringkat Quality Control Check adalah peringkat yang memerlukan perhatian yang sangat tinggi. Produk tempahan yang sudah siap mestilah melalui peringkat QC sebelum dihantar kepada pihak pelanggan. Alhamdulillah kali ini, pihak Avid Mind berjaya mendapat peluang mencetak sticker bagi produk baja padi pelbagai jenis. Biarpun rekabentuknya nampak simple namun ketajaman imej serta warna mestilah berada di tahap yang sangat berkualiti. Sebarang kesilapan boleh mengundang rasa tidak puas hati dipihak client. Alhamdulillah keseluruhan proses ini telahpun sifoo periksa sebelum dihantar ke tangan client yang dihargai..Sepetang memeriksa sticker….:)

Filled Under: MyDiary

Tempahan Sampul Duit Raya Ekslusif

August 1st, 2009

Filled Under: MyDiary