Alhamdulillah sifoo mewakili Avid Mind Creative Production diberi peluang yang sangat berharga untuk
sama-sama berkongsi idea dan strategy dengan usahawan-usawahan bumiputera lain dalam satu set program yang dikendalikan oleh sebuah badan francais antarabangsa (Action Coach) menerusi anjuran PERDA. Sesi ini dikendalikan rata-rata oleh mantan-mantan individu yang pernah bekerja di syarikat-syarikat gergasi dunia dan pernah menikmati gaji yang lumayan. Namun atas keyakinan diri yang tinggi, mereka mengambil jalan untuk membina platform sendiri berbekalkan ilmu serta pengalaman yang senentiasa perlu dipelajari.
Sepanjang program ini, para usahawan berkongsi ilmu serta strategi sebelum diselaraskan untuk diguna pakai mengikut standart yang sepatutnya. Istilah serta teknik yang betul banyak mempengaruhi gaya perniagaan serta dapat membantu memastikan sesebuah perniagaan keluar daripada idealogi kerja pagi makan pagi dan kerja petang makan petang. Perniagaan seharusnya bersifat berkelompok dan bersilaturrahim. Hala tuju perniagaan seharusnya menaik biarpun berhadapan dengan keadaan untung dan rugi. Antara ‘Consensus’ yang diperolehi dalam pertemuan ini, usahawan perlulah praktikal dalam sistem operasi yang merangkumi aspek akaun, perancangan, dasar serta piagam operasi dan mewujudkan sistem di dalam syarikat sendiri.
Antara Coach yang hadir ialah Coach Asri Jusoh, Coach Radin & Coach Lizam. Sesi ini dipenuhi dengan riuh rendah para peserta yang sangat sporting dan open-minded. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


Alhamdulillah, sifoo diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk melabuhkan kaki ke satu program yang sangat berharga dalam diari hidup sifoo. Ditemani adeq sifoo dan jugak rakan serta staf, kami bermalam di Sepang selama 3M 4H. Pelbagai gelagat serta karenah manusia dapat dilihat. Khittan atau khemah didirikan dah macam nak buat expo antarabangsa. Tiap-tiap habis solat, jemaah akan mendengar Bayyan ataupun kata-kata nasihat yang berlandaskan Al-quran & sunnah dari sheikh2 Tabligh. Kebanyyakkan mereka daripada India seperti Maulana Saad & Maulana Zubir (Anakda Maulana Zakaria-antara Maulana Mashoor Tabligh). Bahasa pula dituturkan dalam bahasa Urdu (ada hey/pyar/zindigi….macam hindustan) dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa on the spot (Arab/Cina/Isyarat/Melayu/english/Bangladesh).
Sifoo sifatkan Ijtimak kali ini adalah mini Arafah, 200,000 jemaah dari hampir 40 negara hadir ke program ini. Tujuannya mudah, datang untuk mengambil keberkatan berjemaah dan balik dengan niat melebarkan usaha-usaha dakwah. Tak hairanlah ada yang OKU pun sanggup datang, jutawan dan hartawan datang, pemimpin2 negara, semuanya datang bukan untuk populariti tapi mencari damai abadi. Tersentuh sangat sifoo bila Maulana membacakan doa dan disambut amin dengan tangisan para jemaah yang sanggup terbang dari hujung dunia demi menyahut seruan dakwah Islam. Didoakan usaha yang dilaksanakan oleh jemaah Tabligh ini akan diberi pertolongan dari Allah S.W.T dan dipermudahkan dalam semua perkara serta dapat mengubah suasana hidup di alam dunia ini.
**My Golden Memories (Thanks to Abah,Mama,My darling, My Lovely Brother, Wajib Ali, Rizal)
Happy Birthday to youuu!
Ta..daaaa… Selamat Hari Lahir!
Alhamdulillah aku dikurniakan Abah & mama yang berjaya mencorakkan hidupku hingga ke saat ini, Aku bersyukur juga digandingkan bagai merpati 2 sejoli dengan teman hidupku, Shahida Azmi. Bagai Bulan Jatuh ke Riba, Aku dihadiahkan adeq yang menjadi pengubat luka dan lara. Disokong pula dengan adik beradik serta sahabat-sahabat yang tidak kurang membantuku hingga sampai ke usia ini.
Sambutan Hari Lahir buat tahun ini amat bermakna kerana aku definasikan sebagai tahun permulaan satu hidup yang sangat praktikal! Aku sudah mula memikul pelbagai amanah yang sangat besar. Baik di dalam rumah mahupun diempayar perniagaan yang sedang diusahakan. Segalanya seperti baru bermula. Umur yang diraikan menjadi peringatan kepadaku akan masa pulang yang ku jangkakan tidak lama Justeru kena berlari lebih laju untuk memenuhi apa yang perlu diisi.
Terima kasih yang tak terhingga kepada Mama,Abah, Ayang, Uda yang susah2 jer beli Cek Coklat Indulgen…..hehhehe. Kepada my brother, thank for the golden memories. To all who sms n wished to me, terima kasih atas ingatan. Birthday pun kerja jugak.




