Interior design for PERDA

May 31st, 2009

Alhamdulillah jumaat lepas, setelah team di Avid MIND berhempas pulas untuk menyiapkan ‘ID’ bagi client kali ini iaitu Pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di bawah ICU. Sebelum perjumpaan diadakan, bersilat jugak team designer & management untuk membuat rekaan dalaman yang menepati kehendak masa kini disamping kos yang ditawarkan mestilah efektif.

Konsep yang diketengahkan mudah,  modern + korporat + style. Justeru kami meletakkan elemen kayu + metal untuk sisi utama dan dikemaskan lagi dengan kawasan ‘Hall of Fame’ yang akan mengumpulkan kejayaan-kejayaan Perda . Insyallah diharapkan design ini mampu memberi kesan keselesaan kepada pihak pelanggan dan para usahawan yang bakal berkunjung ke aras ini.

Kepada yang terlibat, tahniah kerana so far pihak Perda menunjukkan minat yang tinggi cuma sifoo perlu melalui satu lagi perjumpaan untuk buat finalize kos serta perabut yang bakal digunakan.

Avid Mind Creative Production mampu mengubah suasana idaman anda menjadi suatu realiti. Hubungi kami sekiranya anda inginkan pre-concept untuk renovation rumah-pejabat-kilang-masjid. Kami akan merekabentuk mengikut citarasa anda dan dikemaskan lagi dengan pengiraan kos pengubahsuaian sebenar. www.avidmind.com.my . Email saniaraby@gmail.com

Filled Under: MyDiary

Filem CGI : Maharaja

May 31st, 2009

Media : Berita Minggu (31/05/09)

Filled Under: Featured

The 6th Malaysia International Halal Showcase

May 31st, 2009

Alhamdulillah, sifoo berkelapangan untuk berkunjung ke The 6th Malaysia International Halal Showcase di Matrade pada 8 Mei yang lalu. Pelbagai syarikat dari seluruh dunia berkampung untuk mempromosikan produk-produk mereka. Sifoo hadir atas tiket ‘Trade Visitor’, mencari peluang dan idea untuk peningkatan syarikat sendiri.

Dalam dok pusing-pusing, terjumpa dengan team Yaman yang mempromosikan ‘Madu’ yang hanya untuk orang yang berkahwin.Hahahaha….actually sifoo pernah dimaklumkan oleh salah sorang pakcik sifoo yang  keturunan disebelah ayah ada susur galur dari Yaman. Nama Ayah Haji Abdul Alim Araby tapi nama tokwan lak Haji Mohd Salleh Al-Kaheri.Apapun takpalah semua muslim bersaudara so sempat lagi ambik gambaq. :)

Filled Under: MyDiary

Semalam bersama Dr.D

May 31st, 2009

Sains merupakan medium yang tersangat menarik untuk diteliti. Banyak pengamal serta pengkaji sains merumuskan pelbagai teori. Ada yang tersasar dari penerimaan akal dan ada yang mampu membawa transformasi dalam kehidupan kita seharian. Ada yang menguatkan iman dan ada pula yang bercelaru dengan  tafsiran akal sendiri. Yang pasti ceramah yang disampaikan oleh  Dr.D di Masjid Seberang Jaya memberi satu kesedaran kepada sifoo untuk cuba membaca Al-quran dan memahaminya. Didoakan kefahaman ini mendidik serta menjadikan kita insan-insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Sifoo tertarik dengan kupasan ilmiah mualim yang sangat kukagumi, Dr Danial Zainal Abidin. Beliau merupakan penceramah serta insan yang dianugerahkan Allah ilmu untuk mengupas perkara sains & sekaligus meletakkan Al-Quran yang Aqwam ditangga tertinggi supaya segala kajian sains dapat dirujuk berpandukan Al_quran kerana Islam merupakan agama yang universal justeru Al-Quran sentiasa mendahului segala rujukan yang ada di atas muka bumi ini. Kita hanya perlu banyak berdamping dengan ahli-ahli Al-Quran untuk lebih mendalami maksud-maksud yang terdapat di dalamnya. Seperti yang dimaklumkan oleh DD, Al-quran merupakan mukjizat. Kefahaman ini mungkin menjadi perkara kebiasaan apabila kita membaca tanpa kefahaman yang akhirnya menyebabkan isi Al-quran yang hebat ini tidak difahami dan dikagumi. Berbeza dengan masyarakat di luar sana yang banyak tidak tahu menahu cara membaca Al-Quran namun kerana ingin tahu maksudnya mereka membaca terjemahan dan akhirnya mereka ditemukan dengan apa yang dicari.

Sifoo sedang membaca Buku Quran Saintifik karangan Dr.Danial Zainal Abidin. Insyallah didoakan akan habis baca dan diberi kefahaman isinya. Sekiranya anda ingin pautan kepada laman web beliau, sila ke www.mindasuper.com.

Filled Under: MyDiary

AQUNZADA

May 19th, 2009

Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.

Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.

Walt Disney (pengasas & pencipta Walt Disney yang terkenal) dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandunsan idea.

WOW?

Kisah di atas sering kali dipetik oleh ribuan pakar motivasi baik di sekolah mahupun yang kaya dengan bayaran yang diterima. Hebat! Semua terpaku dengan kisah-kisah hebat manusia yang membuka empayarnya sendiri. Semua nampak begitu mudah untuk mengkagumi kisah-kisah di atas tanpa ada langkah ke arah membuka empayar sendiri.

Empayar beerti sebuah platform yang besar, yang dapat memuatkan ramai manusia.

SifooAraby sudah lama bercita-cita membina empayar yang dapat dimanafaatkan oleh semua manusia khususnya family dan generasiku. Tidak hairanlah sifoo menolak tawaran menjadi pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris sekaligus melupakan hasrat melanjutkan Master & PHD di sebuah univeriti di New York bersama kawan rapat sifoo.

Apa yang menarik longgokkan fokus sifoo beralih arah kepada Empayar ini? Sifoo actually termenung apabila hidup sifoo banyak bergaul dengan Usawahan yang berjaya, Individu-individu yang hebat di dalam & luar negara. Sifoo hanya mampu kagum namun bila pula sifoo akan menjadi seperti mereka. Justeru sifoo kuatkan azam dan buat pilihan serta dikemaskan dengan istiqamah.

Empayar Avid Mind sifoo asaskan semula dalam dimensi baru bersama adeq sifoo, Tn Haji Faris. Until now ramai yang pandang rendah kepada usaha ini. Ada yang membaling duit seperti pertolongan mereka sajalah mampu menghidupkan manusia disini. Ada yang sangat sombong dengan kerusi orang yang sedang mereka megah-megahkan. Ada yang bossy, berlagak dan macam2 lagi.

Tapi tak kurang juga yang benar-benar ‘AQUNZADA’. Perkataan ini diperkenalkan oleh seorang tokoh yang sangat aku kagumi, Tn Syed Osman Syed Rastan. Sifoo tidak berniat untuk meniru insan ini tetapi sifoo berhajat menjadi seribu kali lebih hebat dari beliau.hahahahaha……Empayar yang beliau bina sangat besar dan besar sangat maknanya untuk sebuah family dan berlandaskan ISLAM. Kekayaan diagih-agihkan bukan untuk dibanggakan. Jawatan yang tinggi bukan untuk berlagak sombong tetapi untuk berkongsi dan menginspirasi. Insan-insan beginilah yang patut memenuhi impian para remaja Melayu ISlam hari ini. AQUNZADA kalau tak silap sifoo bermaksud orang kaya yang harta-hati dan imanya kaya. Perkataan ini adalah perkataan daripada negara afganistan.

Kehebatan seseorang tidak didasari dengan ijazah yang ada ditangan tetapi ilmu yang berjaya diaplikasi secara maksimum dengan berlandaskan istiqamah yang benar.

EUREKA!

Sani Arabyt- Aku hanya idamkan sebuah empayar yang boleh ku lebarkan sejauh mungkin dan sebesar mungkin agar semua manusia di sekelilingku mendapat manfaat daripada kewujudanku. Aku merasa puas dengan hasil yang sedikit setelah segala usahaku kekadang disulami dengan cabaran yang maha hebatnya. Biarpun hasil yang diterima tidak seperti orang lain tetapi aku tersenyum kerana aku sedang membina empayarku sendiri. Jatuh bangun bukan sekali tetapi pulahan kali. Senyum Nangis bukan lakonan tetapi rintihan dan kepuasan di hati. Aku membina empayar yang dapat memberi bukan sahaja kerja tetapi bakal membuka empayar-empayar muslim yang lebih hebat untuk diwariskan kepada generasi ke generasi . Aku dapat memaksimumkan budaya kerja yang kreatif tanpa dijangkiti walau sedikitpun angin politik yang kini kian bermaharajalela dalam budaya kita.

Kebiasaanya apabila kita melawan arus dengan idea-idea yang bersifat baru, budaya baru….tentangan akan bersifat besar khususnya dari pemikir yang medioker. Lagi hebat pemikiran yang kita bawa, lagi kuat tentangan yang bakal diterima.

Manusia hari ini gemar menasihati orang lain dengan kata-kata hikmah ‘DARE TO FAIL’ tetapi hanya segelintir sahaja yang berani untuk melakukan kesalahan dan kegagalan. Selebihnya selesa untuk duduk dibayangan empuk dan jauh sama sekali untuk memikirkan akan kegagalan. Kegagalan adalah sial, teruk dan tidak berkualiti. SILAP! Kegagalan adalah method yang telah terbukti menerusi ribuan kajian yang menyatakan org yang pernah gagal lebih hebat dari orang yang tidak melalui kegagalan.

INSPIRASI

Kekaguman aku yang klimaks apabila aku menyelusuri Sejarah Ulul Azmi terbesar : Rasulullah S.A.W karangan Sheikh Jamaluddin Haji Hassan. Seram bulu romaku memikirkan kehebatan yang diinspirasi oleh Junjungan kita. Jelas akan kepimpian beliau meliputi setiap inci karekter seorang pemimpin agung yang hanya satu dalam penciptaan manusia. Tiada bandingan-tiada tandingan. Tambah kagum apabila hingga kini Empayar yang diasaskan oleh rasulullah sampai kepadaku untuk ku bina empayar baru dalam erti bidang yang tidak lari daripada mengtauhidkan Allah dan menyediakan kebajikan sesama makhluk.

Insyallah…

Filled Under: MyDiary

At My new desk

May 13th, 2009

Alhamdulillah sekian lama menyepi dan dapat jugak update perkembangan terkini. Kini sifoo melangkah ke alam usahawan secara komited . Dan inilah ‘My Second Home’ . Sehingga saat ini, alhamdulillah sifoo and team di Avid Mind sedang bertungkus lumus menyiapkan beberapa projek yang agak mencabar. Tak tidorlah jawabnya. Walaubagaimanapun sekalung penghargaan diberikan khas kepada sahabat-sahabat sifoo semasa belajar di maktab dulu kerana menggalakkan sifoo baca buku “Dare To Fail’. Tak sangka pula term yang ringkas itu dijadikan kekuatan yang kukuh untuk sifoo melangkah melawan arus dan mengambil risiko. Apapun diharapkan didoakan agar empayar yang sedang dibina ini semakin hari kuat,mantap dan dapat memberi manafaat kepada agama,masyarakat,bangsa & negara.

Filled Under: Featured, MyDiary