
“Choose a job you love, and you will never have to work a day in your life”
Avidmind Creative Production…

Sukar untuk membuktikan secara konkrit akan keberkesanan untuk percaya kepada kemampuan diri. Semuanya hampir subjektif jikalau kita hanya pikirkan keselesaan. TETAPI bukan bagi team peneraju Orang Kurang Upaya Bandar Seberang Jaya yang berjaya mengumpulkan hampir RM 500, 000.00 dengan hanya bermodalkan keyakinan, komitmen dan kerjasama antara kesemua peneraju. Paling membanggakan, mereka ini semua bukanlah daripada lulusan universiti, hanya merupakan insan lama yang bersemangat untuk berjuang bersama-sama demi satu tujuan tanpa memasukkan sebarang unsur fahaman politik. Sifoo diamanahkan untuk menjadi koordinator untuk projek pengumpulan dana ini. Alhamdulillah, sifoo belajar bahawa keberanian untuk gagal mengatasi segala persoalan samada projek berjaya atau tidak. Kita merancang dengan penuh daya-upaya, hanya Khalid sahaja yang dapat menentukan apa yg terbaik untuk kita. Apapun tahniah seribu tahniah, ayahda-ayahda pdk OKU kini sudah berjaya, dari dulu hanya mengeluh berduka, kini anda mampu senyum bangga dengan kudrat yang bakal menjadi tanda!
PERSOALAN
Sejauh manakah kita sanggup untuk mengambil risiko untuk gagal (Dare To Fail) sekiranya kita mengimpikan kejayaan?
Alhamdulillah dalam kesibukkan yang tak pernah diduga, team Avidmind akan sekali lagi bersama-sama menjayakan satu projek murni untuk golongan kurang upaya. Special Paralympics `09 adalah nama karnival yang sifoo berikan. Apapun kepada yang duduk berdekatan, mai lah join……12/4/09 . Padang Sembilang
