SUHAIMI YUSOFF - Kenangan

December 20th, 2008

Al-Fatihah buat seorang insan yang sangat bermakna dalam kehidupanku ini.

Alhamdulillah, masa berjalan dan kehidupan mesti diteruskan biarpun banyak kenangan lalu yang sukar untuk dilepaskan. Sifoo actually saja selak2 barang-barang serta dokument lama before berangkat ke Putrajaya untuk menyelesaikan satu agenda yang sangat besar. Kebiasaanya, sifoo akan cari benda-benda yang ada sentimental value untuk sifoo kenangkan. Pelik kan!. Dalam hidup sifoo, benda /wangian/lagu boleh diibaratkan seperti kunci emas untuk membuka kotak kenangan sifoo. Haaa kalau kata pas ni hilang ingatan, pegang 3 benda nie jer, insyallah membantu.hehehe

Sifoo plak kalau nak berhadapan dengan benda yang hebat2 serta yang bakal menguji kredibiliti serta kepimpinan, sifoo kenalah prepare diri dengan macam2. kadang-kadang bersendiri/ tengok gambar2 kejayaan / mcm2. Pendek kata intrapersonal sifooaraby ini berkait-rapat dengan environment yang dibudayakan untuk dimanipulasikan menjadi motivasi dalaman.

Sedang asyik dok load video2 lama, tetiba tergamam bila screen depan mata papar video Arwah Suhaimi Yusoff sedang mempersembahkan bacaan ayat-ayat suci al-quran. Bagaikan seperti seluruh pandangan bertukar dan sifoo seperti dapat melihat Kolej Harun Aminurrashid disekeliling, para penghuni yang turun dan ada yang hanya duduk dibalkoni, cahaya lampu kolej yang cerah….segalanya seperti 360` boleh dilihat. Subhanallah…dan sifoo terpaku melihat sekujur badan sedang khusuk membaca Al-Quran bersama lagu di atas pentas setelah dijemput sebagai qari undangan. Bagai tidak percaya melihat….

Innalillah, Maha Suci Allah, sifoo hanyalah terbawa dengan perasaan yang mungkin sukar digambarkan. Justeru, sifoo load semua video and sifoo editkan untuk dikongsi bersama semua yang mengenali Arwah. Khas untuk kenangan serta ingatan untuk insan yang bermakna ini. Mari kita sama2 zahirkan rasa ingatan kita dengan menghadiahkan Al-Fatihah.

Filled Under: MyDiary

Lagu Istana Kasih KHAS buat anak-anak KHAR?

December 14th, 2008

Memang sukar untuk melakar semula kenangan maha indah sewaktu di Kolej Harun Aminurrashid, Upsi. Mungkin lakaran dalam bentuk perkataan belum cukup untuk memuaskan rasa yang ingin dizahirkan. Sifoo berterima kasih kerana diberi ruang yang sangat mahal untuk menginap dan menggilap bakat di sebuah kolej yang diibaratkan seperti ISTANA yang menyimpan sejuta kisah terutama kisah perjuangan & kepimpinan. Lebih besar maknanya bila semua dugaan serta cabaran ini dilalui bersama keluarga KHAR yang seperti keluarga sendiri. Memang patut sekirannya Ayahwan (Ihsan Noorzali) menzahirkan kata hati beliau dalam bibit-bibit lirik nasyid berjudul ‘Istana Kasih’ yang bakal dinyayikan oleh salah sebuah kumpulan nasyid terkenal tanah air.

Sifoo menceduk kata hati Ihsan Noorzali berkenaan Istana Kasih ini.

Sebagai insan yang diberi tanggungjawab menjaga mahasiswa dan mahasiswi di Kolej Harun Aminurrashid, aku adakalanya teruja dengan sumbangan mereka di kolej. Selepas berhempas-pulas menuntut ilmu dan menjayakan pelbagai aktiviti, mereka akan bertebaran ke seluruh pelosok negara berbakti kepada anak bangsa. Lalu kutuliskan puisi `Istana Kasih’ buat mereka. Kepada mereka yang agak rapat dengan aku sekeluarga tanpa mengira waktu berjumpa dan berbual, bila sudah berjauhan, adakalanya terasa rindu pula. Ada yang kami tolong pinangkan. Maklumlah bertemu jodoh di kolej kediaman. Kami sekeluarga doakan semua mahasiswa UPSI khasnya yang selalu bertamu ke rumah mendengar pendapat dan pandanganku, berbaktilah kepada anak bangsa dengan sebaik mungkin. Kepada mahasiswa dan mahsiswi UPSI yang bakal atau sudah bergelar pendidik atau semua bakal pendidik di semua universiti seluruh `Malaya’ , terimalah puisi `Istana Kasih’. Untuk pengetahuan, puisi ini sudah dilagukan dan akan muncul tidak lama lagi dalam album kumpulan Destiny, empat anak muda mahasiswa UPSI. Insya Allah

::Kenangan Kejayaan Anak-anak KHAR-UPSI::

**Thank a million to Ayahanda Zali & Makwan yang banyak membantu memanusiakan manusia untuk memimpin manusia**

Lirik Istana KAsih

Kau melangkah kaki
bagai seorang serikandi
kau pasrahkan impian
kepada Tuhan

memberi sinar
penawar kebahagiaan
mekar taman
pengorbananmu.

Seribu harapan
menghiasi kalbu
sejuta impian
menanti di pintu
istana kasih sayang
ayah bondamu.

Di matamu
tergenang kesabaran
di wajahmu
terlukis kesetiaan
nuranimu
danau yang syahdu.

Bila berpisah
kami mengingatimu
bila berjauhan
kami merinduimu
kau pengikat kasih.

Titis keringatmu
kalungan mutiara
di menara ilmu tercinta
kembang pun berdoa
mengharum jiwa.

IHSAN NOORZALI
Canselori UPSI, 2008

Gambar ihsan : Faezi UPSI

Filled Under: PioneeringVersatility

Perfume Alkohol & Hukumnya

December 11th, 2008

PERSOALAN

Mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat

PENJELASAN

1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak  itu najis.  Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

“Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran (’rijs’) dari hasil kerja Syaitan ” (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:

“Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?” Nabi membalas : “Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan  menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya “

Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut “Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukka

n apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis”

Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); “Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan”

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis “Denatured alcohol” yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol’ iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN ‘LARD’ ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.

[Persoalan & Penjelasan ini dipetik daripada sumber www.zaharuddin.net]

Filled Under: Ulasan Buku

Kami satu hati beza parti!

December 10th, 2008

Sudah menjadi satu kebiasaan yang boleh dicontohi oleh masyarakat lain apabila komuniti penduduk Sembilang turun bergandingan bahu membantu pihak PDK (OKU) Seberang Jaya untuk menjalankan ibadah qurban. Rata-rata yang hadir merupakan ahli-ahli penyokong fahaman politik yang berlainan. Bahkan ada jugak ketua-ketua tertentu. Namun segalanya sangat meriah dan makna ukhwah sangat jelas dizahirkan menerusi gembelengan tenaga semua pihak. 4 ekor lembu berjaya diqurbankan hasil daripada sumbangan orang perseorangan serta syarikat dermawan, PraiPower. Majlis dihadiri seramai hampir 300 orang dan dibahagikan mengikut tugasan masing-masing. Turut hadir dan membantu adalah pegawai-pegawai kanan PraiPower serta Malakoff.

Filled Under: Featured, MyDiary

ANTOO FIGHTER : Style yang tidak menghampakan

December 9th, 2008

Sungguh tidak dijangka Radhi OAG & team2 Malaysia dapat menghasilkan produk Filem yang sebegini lama ditunggu. Selepas zaman XXRAY The FILM, susah nak puji Filem melayu yang mengetengahkan genre sci-fi dan CGI. Cicakman hadir tetapi tak dapat memuaskan hasrat sifoo yang lebih menanti sesuatu yang tak redundant. Sifoo tgk filem ni n gelak habis dengan teknik2 n idea yang diketengahkan. Paling best, quality CGI yang menarik. Radhi plak mmg sesuai ngan watak ni walaupun ada unsur2 stephen chow sedikit. apapun tak rugi kalau tgk berkali2 bcz memang agak best. Bleh pi jauh citer ni…Comment :)

Filled Under: Featured, Ulasan Buku

360`-Sidi Oraza kini Businessman

December 9th, 2008

INSPIRASI Bekas pengarah, pelakon tinggal dunia glamor mulakan perniaggan baja kimia, organik
BERBEKALKAN modal RM6,000 pemberian ibunya, Allahyarhamah Syarifah Zarojarn Syed Azgkhar hasil penjualan rumah mereka, bekas pengarah dan pelakon terkenal sekitar 1990-an, Sidi Oraza memulakan perniagaan mengeluarkan dan memasarkan baja kimia dan organik.

Perniagaan yang dimulakan Sidi atau nama sebenarnya, Syed Osman Syed Rastan, 43, menerusi syarikat yang ditubuhkannya sejak 10 tahun lalu, iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd, terus berkembang dengan pasaran bukan saja di Malaysia malah luar negara seperti Indonesia dan di Asia Barat.

Namun, beliau yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Diversatech mengakui terpaksa melalui pelbagai ranjau sebelum mengecapi apa yang ada sekarang, terutama ketika kegawatan ekonomi sekitar pertengahan 1990-an.

Bagaimanapun, berpegang kepada prinsip ‘usaha adalah tangga kejayaan’ dan sentiasa ingat kepada Allah membolehkan beliau mengharungi semua ranjau itu.

Sidi berkata, idea untuk beliau menceburi bidang perniagaan tercetus selepas pulang dari China.

“Tujuan ke China untuk belajar berniaga. Tetapi saya tidak dapat ilmu berniaga, cuma dapat ilmu macam mana rakyat negara itu boleh berjaya dalam perniagaan.

“Antaranya ialah mereka makan, jalan dan berfikir dengan cepat, justeru apa saja boleh jadi. Malah hasil kerajinan dan kegigihan, Tembok Besar Cina dapat mereka bina.

“Kegawatan ekonomi sekitar 1997 dan 1998 juga benar-benar menguji kekuatan saya. Ketika itu saya sudah tidak berlakon, bayangkan daripada hidup mewah dengan kereta besar, saya terpaksa berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam.
“Pernah saya hanya ada RM1 dalam poket, saya terpaksa memilih sama ada mahu beli makanan atau naik bas pulang ke rumah di Ampang Jaya dari Zoo Negara. Saya ambil keputusan untuk jalan kaki bagi menjimatkan duit untuk makan.

“Turun naik kenderaan awam bersama isteri dan anak yang masih kecil juga adalah perkara biasa sehingga apabila terjumpa peminat dan mereka bertanyakan mengapa saya menaiki LRT, saya beritahu yang saya sedang membuat kajian untuk filem baru, padahal ketika itu saya tiada kereta,” katanya sambil ketawa.

Katanya, dorongan abangnya, Prof Madya Dr Syed Omar yang juga pakar dalam bidang pertanian membuka telah laluan untuk menceburi bidang pengilangan dan pemasaran baja.

“Nak cerita betapa susahnya masa mula-mula membuka kilang baja ini, saya dan pasukan kerja menjual baja, tidur di kilang, buat promosi kepada petani. Dari awal hingga ke akhir semua buat sendiri. Alhamdulillah, hasil kerja keras pasukan kerja syarikat ini berbaloi,” katanya.

Beliau turut melahirkan kesyukuran mempunyai pasukan kerja yang rajin, tekun dan setia dengan syarikatnya sejak mula ditubuhkan.

“Memang tidak dinafikan setiap perniagaan pasti banyak ujian yang mendatang. Rujukan saya hanya kepada Allah. Setiap kali ditimpa masalah, saya akan solat hajat dua rakaat, Insya Allah, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan,” katanya.Bermula dengan satu produk baja dedaun dikenali sebagai Vita Grow Plus, kini Diversatech yang mempunyai kilang untuk memproses dan mengeluarkan baja di Semenyih sudah mengeluar dan memasarkan enam produk.

Malah, syarikat itu turut menubuhkan tiga anak syarikat pemasaran iaitu Peladang Tech (M) Sdn Bhd, Perintis Pelangi dan SPPM Diversa Sdn Bhd.

Diversatech turut diberikan pelesenan ekslusif menghasilkan dan memasarkan dua produk pertanian hasil penyelidikan Universiti Putra Malaysia iaitu Vita Grow dan Zappa.

Menerusi pelesenan itu, Dr Syed Omar dan Prof Madya Dr Ahmad Husni Mohd Haniff, iaitu penyelidik produk berkenaan dilantik sebagai penasihat teknikal, selain memegang ekuiti dalam syarikat berkenaan.Enam produk syarikat itu ialah Zappa Plus, bahan rawatan benih padi yang dirumus bagi menggalakkan kecergasan anak padi dan bertindak sebagai perisai terhadap serangan kulat serta penyakit.

Baja organik Jitu pula dihasilkan bagi memperbaiki kesuburan dan struktur tanah, manakala baja Dammar bagi memberi ketahanan pada pokok padi daripada serangan siput gondang mas.

Baja padi NPK, Mampan pula mampu membantu tanaman mendapat hasil yang maksimum dan baja Robust berfungsi meningkatkan kekebalan pokok secara semula jadi daripada serangan kulat seperti hawar seludang serta karah.

Produk baja Ajib yang dihasilkan menerusi teknologi dari Jerman pula mempunyai enzim aktif dan mikro nutrien lengkap dalam bentuk terlarut, yang diperbuat khusus untuk menampung kekurangan dan mencapai keseimbangan zat makanan dalam tanah tropika untuk tanaman kelapa sawit.

Sidi berkata, beliau menerima tawaran menjual syarikatnya sejak dari tahun pertama membuka kilang baja lagi, tetapi menolaknya kerana tujuannya bukan untuk meraih keuntungan mudah.

“Ketika itu, kilang kami masih menggunakan tangan membancuh baja, tanpa sebarang peralatan moden. Kalau gelap mata, memang lama sudah menerima tawaran itu. Tetapi bagi saya menceburi bidang perniagaan bukan hanya memburu keuntungan.

“Saya berniaga bukan untuk diri sendiri tetapi untuk beri balik apa yang kami dapat kepada masyarakat terutama golongan sasar iaitu petani dan peladang,” katanya yang dikurniakan empat cahaya mata berusia antara dua hingga 12 tahun hasil perkahwinan dengan bekas pelakon drama, Tengku Ismawati Badrulzaman.

Sidi berkata, bidang yang diceburi kini jauh berbeza dengan lakonan kerana menerusi perniagaan itu beliau dapat merapati golongan petani dan peladang.

“Syarikat ini bukan saja mengilang dan mengeluarkan baja, tetapi turut memasarkan dan turun padang mengajar petani cara penggunaan dan mengadakan pemantauan. Kajian dan penyelidikan secara berterusan dijalankan bagi memastikan hasil tanaman meningkat,

Bagi memastikan penyelidikan yang berterusan yang sekali gus dapat menghasilkan produk bermutu tinggi, Diversatech yang berpegang kepada slogan ‘Kami Membantu Petani Menyediakan makanan Dunia’, kini mempunyai 75 kakitangan termasuk tujuh ahli sains dari dalam dan luar negara dalam bidang berkenaan.

Sidi berkata, syarikatnya banyak mendapat sokongan daripada agensi agensi di bawah Kementerian Pertanian seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Mardi dalam usaha memasarkan produk syarikat itu.

Malah, katanya, produk keluaran syarikat itu turut memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Anugerah Reka Cipta dan Inovasi anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar bagi produk Vita Grow pada 2001, Anugerah Reka Cipta dan Inovasi UPM serta Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa Geneva bagi produk Zappa pada 2002[

Filled Under: Featured, PioneeringVersatility

Kacang Buncis @ Kacang Botol ?

December 9th, 2008

Dah berdua ni, kenalah belajar kenal barang2 dapur sama. Besa sifoo asyik dok ngan PioneeringVersatility ja so bila sesekali gi shopping, haa kena cubit ngan isteri cz tak kenal sayur-sayuran. Mana nak ambil tau cz kita jenis makanan dpn mata, makan ja. Lawaknya, time dok pilih2 sayuq ni, suddently mywife tegur yg itu sayur salah.hahahahaha Kacang Buncis ni macam kacang panjang kan..? Comment…
Filled Under: Featured, MyDiary

Cuti di Bagan Serai

December 9th, 2008

:: Kios-kios pelajar::

:: Senyuman buat2 anak murid aku! dipaksa tu :P::

Alhamdulillah sampai setakat ini, masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan harian yang agak padat serta sedikit meletihkan. Sabtu yang lepas, sekali lagi sekolah eden buat sekolah ganti yang mana sekali lagi eden terlepas gi Langkawi. Ganti kali ni dibuat untuk cuti raya nanti. Overall program koko ni best jugak dari segi aktiviti-aktiviti yang berunsur tradisi dan kampung seperti pertandingan memancing (ada kolam ikan keli ooo), pertandingan memasak dalam hutan (ala2 survivor), dirikan khemah & macam2 lagi. Pendek kata sifoo pun jadi syok sai mana penah dok tgk org mengail ikan keli. rupanya joran dia pun beza banyak. Paling lawak, sifoo lah yang paling senyap time tgk org mancing, bukan apa terpegun! hahaha lawak. Budak2 tanya sir tak mancing ka. Sifoo jawab, nak mancing apa- ikan pun aku tak kenai. Hahaahaha.


::Tuan Pengetua mengisi slot pagi dengan siri ucapan & perasmian::

:: Kadet Pandu Puteri ::

::Among my best friends-(Jem-berkopiah) Pertandingan memancing Keli::

Apapun i cannot stand any longer to vomit all my knowledge of event management but to be on the safe side, let a novince explore the surrounding first then further with plan. :)

Filled Under: MyDiary

Sifooaraby with Sheikh Muzaffar

December 9th, 2008













Angkasawan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya, Pulau Pinang. Sifoo diamanahkan untuk buat event coverage untuk photograpgy. Alhamdulillah sambutan hangat dan ni ada sket photo untuk dikongsi.

Filled Under: MyDiary

I Born To Be Diffrent

December 6th, 2008

Ditanya berkenaan dengan minat ‘membaca’, sifoo ni jarang sangat membaca tak tentu hala. Tapi sifoo ada minat khusus membaca bahan yang orang plak tak suka baca. Bahan yang sifoo maksudkan tadi lebih menjurus kepada bahan bacaan berat seperti :

-Thinking skills
-Motivasi
-Kepimpinan/leadership
-Politik Malaysia/dunia
-Agama (Islam & all religions)

-Teknologi
-Jurnal berkaitan

Selalunya sifoo suka bahan bacaan yang realistik dan yang boleh shape my mind, tapi kadang-kadang bila dah terbiasa dengan memakai baju pemikiran yang berbeza, perkara yang paling mencabar yang sifoo terpaksa hadapi ialah perbezaan penerimaan yang sebenarnya menyusahkan. Talk about thinking thing, memang meletihkan. Apapun sifoo tengah baca 2 judul buku yang best. Actually buku ni akan dijadikan hantaran perkahwinan sifoo.

Filled Under: Featured, Ulasan Buku