PERSOALAN
Mohon penjelasan hukum penggunaan minyak wangi beralkohol dalam solat
PENJELASAN
1) Harus dan sah solat, walaupun menggunakan minyak wangi beralkohol. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para Ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith nabi yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :
“Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran (’rijs’) dari hasil kerja Syaitan ” (Al-Maidah; 90).

Dan dari hadith oleh Abu Tha`laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
“Wahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah Ahli Kitab, bolehkah kami makan & minum di dalam bekas mereka?” Nabi membalas : “Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya “
Imam An-Nawawi (Syarah Sohih Muslim 13/14:86) dan Imam As-Shawkani ( Naylul Awtar, 1/71) menyebut “Maksud larangan makan menggunakan bekas-bekas mereka menunjukka
n apa yang mereka masak dan minum menggunakan arak adalah kernana ia dihukum sebagai najis”
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.
1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.
2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); “Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan”
3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);
4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).
Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis “Denatured alcohol” yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol’ iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.
Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.
BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN ‘LARD’ ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.
Cuma sumber yang menyatakannya adalah masih tidak kukuh dan saya tidak menumpukan kajian terhadap hal babi dalam minyak wangi. jawapan saya hanya menumpukan isu hukum alkohol.
[Persoalan & Penjelasan ini dipetik daripada sumber www.zaharuddin.net]
Sungguh tidak dijangka Radhi OAG & team2 Malaysia dapat menghasilkan produk Filem yang sebegini lama ditunggu. Selepas zaman XXRAY The FILM, susah nak puji Filem melayu yang mengetengahkan genre sci-fi dan CGI. Cicakman hadir tetapi tak dapat memuaskan hasrat sifoo yang lebih menanti sesuatu yang tak redundant. Sifoo tgk filem ni n gelak habis dengan teknik2 n idea yang diketengahkan. Paling best, quality CGI yang menarik. Radhi plak mmg sesuai ngan watak ni walaupun ada unsur2 stephen chow sedikit. apapun tak rugi kalau tgk berkali2 bcz memang agak best. Bleh pi jauh citer ni…Comment ![]()
Ditanya berkenaan dengan minat ‘membaca’, sifoo ni jarang sangat membaca tak tentu hala. Tapi sifoo ada minat khusus membaca bahan yang orang plak tak suka baca. Bahan yang sifoo maksudkan tadi lebih menjurus kepada bahan bacaan berat seperti :
-Thinking skills
-Motivasi
-Kepimpinan/leadership
-Politik Malaysia/dunia
-Agama (Islam & all religions)
-Teknologi
-Jurnal berkaitan
Selalunya sifoo suka bahan bacaan yang realistik dan yang boleh shape my mind, tapi kadang-kadang bila dah terbiasa dengan memakai baju pemikiran yang berbeza, perkara yang paling mencabar yang sifoo terpaksa hadapi ialah perbezaan penerimaan yang sebenarnya menyusahkan. Talk about thinking thing, memang meletihkan. Apapun sifoo tengah baca 2 judul buku yang best. Actually buku ni akan dijadikan hantaran perkahwinan sifoo.
