Filem CGI : Maharaja

May 31st, 2009

Media : Berita Minggu (31/05/09)

Filled Under: Featured

At My new desk

May 13th, 2009

Alhamdulillah sekian lama menyepi dan dapat jugak update perkembangan terkini. Kini sifoo melangkah ke alam usahawan secara komited . Dan inilah ‘My Second Home’ . Sehingga saat ini, alhamdulillah sifoo and team di Avid Mind sedang bertungkus lumus menyiapkan beberapa projek yang agak mencabar. Tak tidorlah jawabnya. Walaubagaimanapun sekalung penghargaan diberikan khas kepada sahabat-sahabat sifoo semasa belajar di maktab dulu kerana menggalakkan sifoo baca buku “Dare To Fail’. Tak sangka pula term yang ringkas itu dijadikan kekuatan yang kukuh untuk sifoo melangkah melawan arus dan mengambil risiko. Apapun diharapkan didoakan agar empayar yang sedang dibina ini semakin hari kuat,mantap dan dapat memberi manafaat kepada agama,masyarakat,bangsa & negara.

Filled Under: Featured, MyDiary

Kami satu hati beza parti!

December 10th, 2008

Sudah menjadi satu kebiasaan yang boleh dicontohi oleh masyarakat lain apabila komuniti penduduk Sembilang turun bergandingan bahu membantu pihak PDK (OKU) Seberang Jaya untuk menjalankan ibadah qurban. Rata-rata yang hadir merupakan ahli-ahli penyokong fahaman politik yang berlainan. Bahkan ada jugak ketua-ketua tertentu. Namun segalanya sangat meriah dan makna ukhwah sangat jelas dizahirkan menerusi gembelengan tenaga semua pihak. 4 ekor lembu berjaya diqurbankan hasil daripada sumbangan orang perseorangan serta syarikat dermawan, PraiPower. Majlis dihadiri seramai hampir 300 orang dan dibahagikan mengikut tugasan masing-masing. Turut hadir dan membantu adalah pegawai-pegawai kanan PraiPower serta Malakoff.

Filled Under: Featured, MyDiary

ANTOO FIGHTER : Style yang tidak menghampakan

December 9th, 2008

Sungguh tidak dijangka Radhi OAG & team2 Malaysia dapat menghasilkan produk Filem yang sebegini lama ditunggu. Selepas zaman XXRAY The FILM, susah nak puji Filem melayu yang mengetengahkan genre sci-fi dan CGI. Cicakman hadir tetapi tak dapat memuaskan hasrat sifoo yang lebih menanti sesuatu yang tak redundant. Sifoo tgk filem ni n gelak habis dengan teknik2 n idea yang diketengahkan. Paling best, quality CGI yang menarik. Radhi plak mmg sesuai ngan watak ni walaupun ada unsur2 stephen chow sedikit. apapun tak rugi kalau tgk berkali2 bcz memang agak best. Bleh pi jauh citer ni…Comment :)

Filled Under: Featured, Ulasan Buku

360`-Sidi Oraza kini Businessman

December 9th, 2008

INSPIRASI Bekas pengarah, pelakon tinggal dunia glamor mulakan perniaggan baja kimia, organik
BERBEKALKAN modal RM6,000 pemberian ibunya, Allahyarhamah Syarifah Zarojarn Syed Azgkhar hasil penjualan rumah mereka, bekas pengarah dan pelakon terkenal sekitar 1990-an, Sidi Oraza memulakan perniagaan mengeluarkan dan memasarkan baja kimia dan organik.

Perniagaan yang dimulakan Sidi atau nama sebenarnya, Syed Osman Syed Rastan, 43, menerusi syarikat yang ditubuhkannya sejak 10 tahun lalu, iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd, terus berkembang dengan pasaran bukan saja di Malaysia malah luar negara seperti Indonesia dan di Asia Barat.

Namun, beliau yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Diversatech mengakui terpaksa melalui pelbagai ranjau sebelum mengecapi apa yang ada sekarang, terutama ketika kegawatan ekonomi sekitar pertengahan 1990-an.

Bagaimanapun, berpegang kepada prinsip ‘usaha adalah tangga kejayaan’ dan sentiasa ingat kepada Allah membolehkan beliau mengharungi semua ranjau itu.

Sidi berkata, idea untuk beliau menceburi bidang perniagaan tercetus selepas pulang dari China.

“Tujuan ke China untuk belajar berniaga. Tetapi saya tidak dapat ilmu berniaga, cuma dapat ilmu macam mana rakyat negara itu boleh berjaya dalam perniagaan.

“Antaranya ialah mereka makan, jalan dan berfikir dengan cepat, justeru apa saja boleh jadi. Malah hasil kerajinan dan kegigihan, Tembok Besar Cina dapat mereka bina.

“Kegawatan ekonomi sekitar 1997 dan 1998 juga benar-benar menguji kekuatan saya. Ketika itu saya sudah tidak berlakon, bayangkan daripada hidup mewah dengan kereta besar, saya terpaksa berjalan kaki atau menaiki kenderaan awam.
“Pernah saya hanya ada RM1 dalam poket, saya terpaksa memilih sama ada mahu beli makanan atau naik bas pulang ke rumah di Ampang Jaya dari Zoo Negara. Saya ambil keputusan untuk jalan kaki bagi menjimatkan duit untuk makan.

“Turun naik kenderaan awam bersama isteri dan anak yang masih kecil juga adalah perkara biasa sehingga apabila terjumpa peminat dan mereka bertanyakan mengapa saya menaiki LRT, saya beritahu yang saya sedang membuat kajian untuk filem baru, padahal ketika itu saya tiada kereta,” katanya sambil ketawa.

Katanya, dorongan abangnya, Prof Madya Dr Syed Omar yang juga pakar dalam bidang pertanian membuka telah laluan untuk menceburi bidang pengilangan dan pemasaran baja.

“Nak cerita betapa susahnya masa mula-mula membuka kilang baja ini, saya dan pasukan kerja menjual baja, tidur di kilang, buat promosi kepada petani. Dari awal hingga ke akhir semua buat sendiri. Alhamdulillah, hasil kerja keras pasukan kerja syarikat ini berbaloi,” katanya.

Beliau turut melahirkan kesyukuran mempunyai pasukan kerja yang rajin, tekun dan setia dengan syarikatnya sejak mula ditubuhkan.

“Memang tidak dinafikan setiap perniagaan pasti banyak ujian yang mendatang. Rujukan saya hanya kepada Allah. Setiap kali ditimpa masalah, saya akan solat hajat dua rakaat, Insya Allah, masalah yang dihadapi dapat diselesaikan,” katanya.Bermula dengan satu produk baja dedaun dikenali sebagai Vita Grow Plus, kini Diversatech yang mempunyai kilang untuk memproses dan mengeluarkan baja di Semenyih sudah mengeluar dan memasarkan enam produk.

Malah, syarikat itu turut menubuhkan tiga anak syarikat pemasaran iaitu Peladang Tech (M) Sdn Bhd, Perintis Pelangi dan SPPM Diversa Sdn Bhd.

Diversatech turut diberikan pelesenan ekslusif menghasilkan dan memasarkan dua produk pertanian hasil penyelidikan Universiti Putra Malaysia iaitu Vita Grow dan Zappa.

Menerusi pelesenan itu, Dr Syed Omar dan Prof Madya Dr Ahmad Husni Mohd Haniff, iaitu penyelidik produk berkenaan dilantik sebagai penasihat teknikal, selain memegang ekuiti dalam syarikat berkenaan.Enam produk syarikat itu ialah Zappa Plus, bahan rawatan benih padi yang dirumus bagi menggalakkan kecergasan anak padi dan bertindak sebagai perisai terhadap serangan kulat serta penyakit.

Baja organik Jitu pula dihasilkan bagi memperbaiki kesuburan dan struktur tanah, manakala baja Dammar bagi memberi ketahanan pada pokok padi daripada serangan siput gondang mas.

Baja padi NPK, Mampan pula mampu membantu tanaman mendapat hasil yang maksimum dan baja Robust berfungsi meningkatkan kekebalan pokok secara semula jadi daripada serangan kulat seperti hawar seludang serta karah.

Produk baja Ajib yang dihasilkan menerusi teknologi dari Jerman pula mempunyai enzim aktif dan mikro nutrien lengkap dalam bentuk terlarut, yang diperbuat khusus untuk menampung kekurangan dan mencapai keseimbangan zat makanan dalam tanah tropika untuk tanaman kelapa sawit.

Sidi berkata, beliau menerima tawaran menjual syarikatnya sejak dari tahun pertama membuka kilang baja lagi, tetapi menolaknya kerana tujuannya bukan untuk meraih keuntungan mudah.

“Ketika itu, kilang kami masih menggunakan tangan membancuh baja, tanpa sebarang peralatan moden. Kalau gelap mata, memang lama sudah menerima tawaran itu. Tetapi bagi saya menceburi bidang perniagaan bukan hanya memburu keuntungan.

“Saya berniaga bukan untuk diri sendiri tetapi untuk beri balik apa yang kami dapat kepada masyarakat terutama golongan sasar iaitu petani dan peladang,” katanya yang dikurniakan empat cahaya mata berusia antara dua hingga 12 tahun hasil perkahwinan dengan bekas pelakon drama, Tengku Ismawati Badrulzaman.

Sidi berkata, bidang yang diceburi kini jauh berbeza dengan lakonan kerana menerusi perniagaan itu beliau dapat merapati golongan petani dan peladang.

“Syarikat ini bukan saja mengilang dan mengeluarkan baja, tetapi turut memasarkan dan turun padang mengajar petani cara penggunaan dan mengadakan pemantauan. Kajian dan penyelidikan secara berterusan dijalankan bagi memastikan hasil tanaman meningkat,

Bagi memastikan penyelidikan yang berterusan yang sekali gus dapat menghasilkan produk bermutu tinggi, Diversatech yang berpegang kepada slogan ‘Kami Membantu Petani Menyediakan makanan Dunia’, kini mempunyai 75 kakitangan termasuk tujuh ahli sains dari dalam dan luar negara dalam bidang berkenaan.

Sidi berkata, syarikatnya banyak mendapat sokongan daripada agensi agensi di bawah Kementerian Pertanian seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dan Mardi dalam usaha memasarkan produk syarikat itu.

Malah, katanya, produk keluaran syarikat itu turut memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Anugerah Reka Cipta dan Inovasi anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar bagi produk Vita Grow pada 2001, Anugerah Reka Cipta dan Inovasi UPM serta Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa Geneva bagi produk Zappa pada 2002[

Filled Under: Featured, PioneeringVersatility

Kacang Buncis @ Kacang Botol ?

December 9th, 2008

Dah berdua ni, kenalah belajar kenal barang2 dapur sama. Besa sifoo asyik dok ngan PioneeringVersatility ja so bila sesekali gi shopping, haa kena cubit ngan isteri cz tak kenal sayur-sayuran. Mana nak ambil tau cz kita jenis makanan dpn mata, makan ja. Lawaknya, time dok pilih2 sayuq ni, suddently mywife tegur yg itu sayur salah.hahahahaha Kacang Buncis ni macam kacang panjang kan..? Comment…
Filled Under: Featured, MyDiary

I Born To Be Diffrent

December 6th, 2008

Ditanya berkenaan dengan minat ‘membaca’, sifoo ni jarang sangat membaca tak tentu hala. Tapi sifoo ada minat khusus membaca bahan yang orang plak tak suka baca. Bahan yang sifoo maksudkan tadi lebih menjurus kepada bahan bacaan berat seperti :

-Thinking skills
-Motivasi
-Kepimpinan/leadership
-Politik Malaysia/dunia
-Agama (Islam & all religions)

-Teknologi
-Jurnal berkaitan

Selalunya sifoo suka bahan bacaan yang realistik dan yang boleh shape my mind, tapi kadang-kadang bila dah terbiasa dengan memakai baju pemikiran yang berbeza, perkara yang paling mencabar yang sifoo terpaksa hadapi ialah perbezaan penerimaan yang sebenarnya menyusahkan. Talk about thinking thing, memang meletihkan. Apapun sifoo tengah baca 2 judul buku yang best. Actually buku ni akan dijadikan hantaran perkahwinan sifoo.

Filled Under: Featured, Ulasan Buku

INTERMESSO SATU CINTA

December 5th, 2008

Alhamdulillah bersyukur setinggi penghargaan kasih tak terhingga kepada Zat Cinta Agung yang membenarkan Majlis Resepsi kami berdua berlangsung dengan penuh makna pada malam 26 oktober 2008 yang lalu. Biarpun baru saja selesa

Once in the blue moon

Once in the blue moon

i namun ungkapan kenangan masih lagi segar dalam ingatan. Setulus ingatan serta ucapan penghargaan kepada seluruh Crew Gapura Budaya Event Management dibawah syarikat Avidmind creative production yang menzahirkan segala imiginasi sifoo hingga menjadi sebuah rakaman kenangan yang sangat sukar untuk dilelapkan. Kepada Yen yang banyak membantu, Wafry, Zam Arjuna & team, Team PPS & PDK Seberang Jaya, Shafiq & Linda, Uncle Asri & UntieTeristimewa untuk sahabatku Hafiz (lekays)Tombak Goyang Department yang banyak berkorban.Terakhir untuk semua yang diingati samada disebutkan atau tidak, anda membawa makna besar dalam hidup kami berdua. Thank and love u all.

***Kepada sesiapa yang ingin Majlis mereka diatur serta dikelolakan dengan qualiti yang tinggi tetapi harga yang normal, sila menghubungi GapuraBUDAYA Event Management sekarang kerana syarikat ini mampu merealisasikan impian menjadi bahan kenangan.hotline019-4810025 - www.avidmind.com.my

Filled Under: Featured, MyDiary