Ustaz Asri Ibrahim - Pergimu Tak Kembali Lagi

August 21st, 2009

Terkejut besar sifoo apabila dimaklumkan pada pagi-pagi hari bahawa Biduan Nasyid yang sekian lama dikenali telahpun meninggal dunia. Agak terkilan kerana baru merancang untuk menjemput Rabbani datang beraya di rumah pada Aidilfitri kali ini. Sesungguhnya Allah maha besar, menjemput hamba yang dikasihinya untuk ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Arwah merupakan idola sifoo semenjak dibangku sekolah tadika lagi, alhamdulillah diusia yang kecil, sifoo sudah berkesempatan berjumpa dengan ikon Nadamurni beberapa kali. Malah Nadamurni selalu singgah dirumah untuk berehat. ALhamdulillah perkenalan kami menjadi seperti sahabat apabila pada sekitar tahun 1995, Kumpulan nasyid sifoo, Baiduri diberi peluang untuk bernaung dibawah Permata Audio Production yakni sebuah syarikat yang diurus tadbir oleh kumpulan Nadamurni yang kini bergelar Rabbani. Justeru hampir setiap ketika berjumpa, melawak dengan abg2 Rabbani atas kerana mereka inilah yang mengajar dan merakamkan album kami. Proses rakaman pun di bulan puasa, ingat lagi, kalau time tu tak da duit ja sure akan gi bodek arwah.
Sepanjang perkenalan saya dengan Arwah, subhanallah banyak yang perlu dikongsi namun kisah orang baik2 ini terlalu banyak hingga tak tau nak mula dan berakhir di mana. Terakhir, arwah meluangkan masa datang ke wedding sifoo walaupun Rabbani baru sahaja selesai menghadiri satu program di tanjong malim. Sifoo sekeluarga sanggat merasa kehilangannya, terkilan tak dapat hadir majlis pengebumian kerana demam panas 5 hari. Kami doakan agar rohnya kekal di syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang beriman dan soleh.

Filled Under: MyDiary
Banner
Banner
Banner
Banner

Harry Potter Junior

Awal pagi, sifoo n team Avid Mind (Karl & Man) bergegas ke Tasek Gelugor untuk satu sesi bersama Harry Potter Junior…Tapi Harry Potter yang ni tak da magic stick so kenalah ganti dengan scroll case yang harganya RM6.90…hehehe..Paling lawak, diorang semua ni tercengang tgk Pakcik-pakcik dr Avid Mind yang masih dok mengaku abg….(tgk muka abg ni….senyum….) memang susah tui nak suruh budak2 ni senyum depan kamera. Apapun memang betuilah, susah jugak nak jaga anak-anak kecil ni…. Salute lah pada cikgu2 dia…

5 August 2009

Quality Control Check

Sepetang yang sungguh memenatkan apabila sifoo ke hulu dan ke hilir menyelesaikan beberapa perkara. Dalam banyak aktiviti yang dijalankan, peringkat Quality Control Check adalah peringkat yang memerlukan perhatian yang sangat tinggi. Produk tempahan yang sudah siap mestilah melalui peringkat QC sebelum dihantar kepada pihak pelanggan. Alhamdulillah kali ini, pihak Avid Mind berjaya mendapat peluang mencetak sticker bagi produk baja padi pelbagai jenis. Biarpun rekabentuknya nampak simple namun ketajaman imej serta warna mestilah berada di tahap yang sangat berkualiti. Sebarang kesilapan boleh mengundang rasa tidak puas hati dipihak client. Alhamdulillah keseluruhan proses ini telahpun sifoo periksa sebelum dihantar ke tangan client yang dihargai..Sepetang memeriksa sticker….:)

5 August 2009

International Business ACTION Coach

Alhamdulillah sifoo mewakili Avid Mind Creative Production diberi peluang yang sangat berharga untuk
sama-sama berkongsi idea dan strategy dengan usahawan-usawahan bumiputera lain dalam satu set program yang dikendalikan oleh sebuah badan francais antarabangsa (Action Coach) menerusi anjuran PERDA. Sesi ini dikendalikan rata-rata oleh mantan-mantan individu yang pernah bekerja di syarikat-syarikat gergasi dunia dan pernah menikmati gaji yang lumayan. Namun atas keyakinan diri yang tinggi, mereka mengambil jalan untuk membina platform sendiri berbekalkan ilmu serta pengalaman yang senentiasa perlu dipelajari.

Sepanjang program ini, para usahawan berkongsi ilmu serta strategi sebelum diselaraskan untuk diguna pakai mengikut standart yang sepatutnya. Istilah serta teknik yang betul banyak mempengaruhi gaya perniagaan serta dapat membantu memastikan sesebuah perniagaan keluar daripada idealogi kerja pagi makan pagi dan kerja petang makan petang. Perniagaan seharusnya bersifat berkelompok dan bersilaturrahim. Hala tuju perniagaan seharusnya menaik biarpun berhadapan dengan keadaan untung dan rugi. Antara ‘Consensus’ yang diperolehi dalam pertemuan ini, usahawan perlulah praktikal dalam sistem operasi yang merangkumi aspek akaun, perancangan, dasar serta piagam operasi dan mewujudkan sistem di dalam syarikat sendiri.

Antara Coach yang hadir ialah Coach Asri Jusoh, Coach Radin & Coach Lizam. Sesi ini dipenuhi dengan riuh rendah para peserta yang sangat sporting dan open-minded.  Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

21 July 2009

World Islamic Ijtimak 2009



Alhamdulillah, sifoo diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk melabuhkan kaki ke satu program yang sangat berharga dalam diari hidup sifoo. Ditemani adeq sifoo dan jugak rakan serta staf, kami bermalam di Sepang selama 3M 4H. Pelbagai gelagat serta karenah manusia dapat dilihat. Khittan atau khemah didirikan dah macam nak buat expo antarabangsa. Tiap-tiap habis solat, jemaah akan mendengar Bayyan ataupun kata-kata nasihat yang berlandaskan Al-quran & sunnah dari sheikh2 Tabligh. Kebanyyakkan mereka daripada India seperti Maulana Saad & Maulana Zubir (Anakda Maulana Zakaria-antara Maulana Mashoor Tabligh). Bahasa pula dituturkan dalam bahasa Urdu (ada hey/pyar/zindigi….macam hindustan) dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa on the spot (Arab/Cina/Isyarat/Melayu/english/Bangladesh).

Sifoo sifatkan Ijtimak kali ini adalah mini Arafah, 200,000 jemaah dari hampir 40 negara hadir ke program ini. Tujuannya mudah, datang untuk mengambil keberkatan berjemaah dan balik dengan niat melebarkan usaha-usaha dakwah. Tak hairanlah ada yang OKU pun sanggup datang, jutawan dan hartawan datang, pemimpin2 negara, semuanya datang bukan untuk populariti tapi mencari damai abadi. Tersentuh sangat sifoo bila Maulana membacakan doa dan disambut amin dengan tangisan para jemaah yang sanggup terbang dari hujung dunia demi menyahut seruan dakwah Islam. Didoakan usaha yang dilaksanakan oleh jemaah Tabligh ini akan diberi pertolongan dari Allah S.W.T dan dipermudahkan dalam semua perkara serta dapat mengubah suasana hidup di alam dunia ini.

**My Golden Memories (Thanks to Abah,Mama,My darling, My Lovely Brother, Wajib Ali, Rizal)

16 July 2009

My Day..

Happy Birthday to youuu!

Ta..daaaa… Selamat Hari Lahir!
Alhamdulillah aku dikurniakan Abah & mama yang berjaya mencorakkan hidupku hingga ke saat ini, Aku bersyukur juga digandingkan bagai merpati 2 sejoli dengan teman hidupku, Shahida Azmi. Bagai Bulan Jatuh ke Riba, Aku dihadiahkan adeq yang menjadi pengubat luka dan lara. Disokong pula dengan adik beradik serta sahabat-sahabat yang tidak kurang membantuku hingga sampai ke usia ini.

Sambutan Hari Lahir buat tahun ini amat bermakna kerana aku definasikan sebagai tahun permulaan satu hidup yang sangat praktikal! Aku sudah mula memikul pelbagai amanah yang sangat besar. Baik di dalam rumah mahupun diempayar perniagaan yang sedang diusahakan. Segalanya seperti baru bermula. Umur yang diraikan menjadi peringatan kepadaku akan masa pulang yang ku jangkakan tidak lama Justeru kena berlari lebih laju untuk memenuhi apa yang perlu diisi.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Mama,Abah, Ayang, Uda yang susah2 jer beli Cek Coklat Indulgen…..hehhehe. Kepada my brother, thank for the golden memories. To all who sms n wished to me, terima kasih atas ingatan. Birthday pun kerja jugak.

9 July 2009

Interior design for PERDA

Alhamdulillah jumaat lepas, setelah team di Avid MIND berhempas pulas untuk menyiapkan ‘ID’ bagi client kali ini iaitu Pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) di bawah ICU. Sebelum perjumpaan diadakan, bersilat jugak team designer & management untuk membuat rekaan dalaman yang menepati kehendak masa kini disamping kos yang ditawarkan mestilah efektif.

Konsep yang diketengahkan mudah,  modern + korporat + style. Justeru kami meletakkan elemen kayu + metal untuk sisi utama dan dikemaskan lagi dengan kawasan ‘Hall of Fame’ yang akan mengumpulkan kejayaan-kejayaan Perda . Insyallah diharapkan design ini mampu memberi kesan keselesaan kepada pihak pelanggan dan para usahawan yang bakal berkunjung ke aras ini.

Kepada yang terlibat, tahniah kerana so far pihak Perda menunjukkan minat yang tinggi cuma sifoo perlu melalui satu lagi perjumpaan untuk buat finalize kos serta perabut yang bakal digunakan.

Avid Mind Creative Production mampu mengubah suasana idaman anda menjadi suatu realiti. Hubungi kami sekiranya anda inginkan pre-concept untuk renovation rumah-pejabat-kilang-masjid. Kami akan merekabentuk mengikut citarasa anda dan dikemaskan lagi dengan pengiraan kos pengubahsuaian sebenar. www.avidmind.com.my . Email saniaraby@gmail.com

31 May 2009

Filem CGI : Maharaja

Media : Berita Minggu (31/05/09)

31 May 2009

The 6th Malaysia International Halal Showcase

Alhamdulillah, sifoo berkelapangan untuk berkunjung ke The 6th Malaysia International Halal Showcase di Matrade pada 8 Mei yang lalu. Pelbagai syarikat dari seluruh dunia berkampung untuk mempromosikan produk-produk mereka. Sifoo hadir atas tiket ‘Trade Visitor’, mencari peluang dan idea untuk peningkatan syarikat sendiri.

Dalam dok pusing-pusing, terjumpa dengan team Yaman yang mempromosikan ‘Madu’ yang hanya untuk orang yang berkahwin.Hahahaha….actually sifoo pernah dimaklumkan oleh salah sorang pakcik sifoo yang  keturunan disebelah ayah ada susur galur dari Yaman. Nama Ayah Haji Abdul Alim Araby tapi nama tokwan lak Haji Mohd Salleh Al-Kaheri.Apapun takpalah semua muslim bersaudara so sempat lagi ambik gambaq. :)

31 May 2009